Tuesday, October 25, 2016

Belajar Cara Setting Adwords Malaysia Dengan Betul

Apabila anda menjalankan perniagaan online atau bisnes online, anda pasti akan mempunyai blog, website, kedai online, eCommerce, Facebook atau apa apa laman "landing page" yang akan memaparkan mempromosikan produk anda secara internet. Dan dalam keadaan tertentu produk anda mungkin gagal atau kurang berjaya untuk memberikan income pendapatan yang anda mahukan. Ada banyak sebab. Dan salah satu yang menjadi punca kenapa anda gagal buat sales secara online kerana faktor PERSAINGAN. Dan masalah ini boleh anda selesaikan dan kurangkan persaingan dengan menggunakan Google Adwords Malaysia.

Persaingan yang bagaimana? Sebagai contoh. Katakan anda mahu menjual barang di website anda. Tetapi artikel promosi anda gagal berada di halaman pertama engin carian Google. Bila ini berlaku, sangat kurang pelawat website iaitu trafik yang masuk ke kedai web jualan anda. Maka jualan tidak berjaya dilakukan. Untuk membuat jualan secara online, anda perlukan pelawat iaitu trafik yang masuk ke website anda. Dan dari pelawat/trafik yang ramai inilah nanti akan ada yang berminat untuk membeli. Dan begitulah jualan terhasil. Jadi masalah website anda gagal untuk berada dihalaman pertama perlu anda selesaikan dengan Adwords Malaysia.

Bengkel Seminar Google Adwords Malaysia

Daftar Dan Sertai Seminar Google Adwords Di Malaysia

Kenapa Adwords Malaysia. Engin carian Google sebenarnya memaparkan 2 hasil carian. Carian yang pertama adalah dari carian biasa. Carian yang kedua adalah dari carian berbayar dari Google Adwords. Anda boleh gunakan program Google Adwords untuk membantu anda rankingkan website anda untuk mudah dilihat dan seterusnya mengurangkan persaingan. Dan apabila website berjaya terpapar di halaman pertama carian Google, maka anda dengan mudah menerima kemasukkan pelawat internet iaitu trafik kerana mereka dengan mudah melihat website anda. Dan sudah tentu akan ada jualan yang berlaku dan anda dapat duit.

Contoh potensi jana keuntungan dengan pengiklanan Adwords


Untuk belajar cara setting iklan Google Adwords ini, dari pengalaman saya, anda tidak boleh suka suka cuba cuba secara try & error. Akaun Google Adwords sedikit berbeza dengan program pengiklanan yang lain. Kalau anda buat silap atau salah yang pada pandangan Google anda sengaja, maka akaun adwords anda boleh disekat (banned). Tetapi kebanyakkan dari anda iaitu kita selalunya tidak membaca terma terma dan syarat yang dikenakan Google dan majoriti tidak tahu. Jadi ini bahaya. Dan kos pengiklanan anda juga akan menjadi mahal kerana kesalahan setting yang anda tidak sedar.


Sebab itu kalau perihal berkenaan mahu gunakan pengiklanan Google Adwords, saya lebih suka kalau anda sertai mana mana kelas, bengkel atau seminar Google Adwords yang di jalankan di Malaysia dalam bahasa melayu. Selepas belajar cara menggunakan Google Adwords dengan betul, anda akan mempunyai ilmu cara mengelak akaun di banned, akan tahu bagaimana hendak setting iklan adwords dengan betul dan tahu cara untuk mendapatkan kos pengiklanan termurah tetapi dapat menarik trafik dengan banyak dan buat untung. Berminat? Mari daftar kelas Google Adwords Malaysia sekarang dengan klik link di bawah ini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

>>> Dapatkan eBook Belajar Adwords Di Sini - [ Click Here ] <<<

>>> Daftar Seminar Google Adwords Di Sini - [ Click Here ] <<<

No comments:

Post a Comment